Friday 16 May 2014

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 


Saturday 8 December 2012

JADUAL KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI SEKOLAH TAHUN 6 2013 SK.KAMPONG BARU




Tarikh
Masa
5 Arif
5 Bijak
    5 Cerdik
Ahad 09/12/2012
8.00-10.00

Pn.Rohayati                                
      (SN)  
                        

Pn.Hafizoh
(BI)

Pn.Fadhilah
(BM)
10.30-12.30
Isnin 10/12/2012
8.00-10.00

Pn.Rohayati
      (SN)

Pn.Hafizoh
(BI)






Pn.Fadhilah
(BM)
10.30-12.30  
Selasa 11/12/2012
8.00-10.00

En.Zawawi
      (BM)


En.Ismail
(BM)



Pn.Hafizoh
(BI)

10.30-12.30
Rabu 12/12/2012
8.00-10.00

En.Zawawi
      (BM)


Pn.Rohayati
(SN)


En.Nasir
(MT)
10.30-12.30
 Khamis
13/12/2012
8.00-10.00

En.Zawawi
      (BM)

En.Ismail
(BM)

En.Nasir
(MT)
10.30-12.30


Tarikh

Masa
5Arif
5Bijak
5Cerdik
Ahad
16/12/12

8.00-10.00
10.30-12.30
Pn.Wan Asmahaliza
(BI)
Pn.Rohayati                                 
      (SN)  
Pn.Rohayati                                
      (SN)  
Isnin
17/12/12
8.00-10.00
10.30-12.30
Pn.Wan Asmahaliza
(BI)
Pn.Roshidah
(MT)
Pn.Rohayati                                
      (SN) 
Selasa
18/12/12
8.00-10.00
10.30-12.30
Pn.Sharimah
(MT
Pn.Roshidah
(MT)

Pn.Wan Asmahaliza
(BI)
Rabu
19/12/12
8.00-10.00
10.30-12.30
Pn.Sharimah
(MT
Pn.Roshidah
(MT)

Pn.Faridah
(BM)
Khami
20/12/12
8.00-10.00
10.3012.30
Pn.Sharimah
(MT

En.Ismail
(BM)
Pn.Faridah
(BM)



Ucapan terima kasih buat para guru yang terlibat dengan kelas tambahan ini kerana sanggup mengorbankan masa cuti anda demi ingin melihat kejayaan anak-anak didik pada masa depan.Ucapan syabas buat mereka semua.




Wednesday 5 December 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH SK.KAMPONG BARU, 06750 PENDANG, KEDAH KHUSUS UNTUK MURID-MURID TAHAP 2 YANG BERMINAT



 Hari 1

 4 pm - Pendaftaran
 6 pm - Taklimat Kem / 
            Icebreaking
 7 pm - Solat / Makan Malam
 9 pm - Sesi 1 - Sarang Musang
Hari 2

 6 am   - Solat
 7 am   - Senaman / Sarapan
 8 am   - Sesi 2 - Red Blue Chip
 10 am - Sesi 3 - Water Sports
 12 pm - Makan Tengahari / Solat
 2 pm   - Sesi 4 - Jungle Trekking / 
             Solat
 5 pm   - Rempuh Halangan
 7 pm   - Solat / Makan Malam
 9 pm   - Sesi 5 - Bina Karektor
             Diri

Hari 3

 6 am   - Solat
 7 am   - Senaman / Sarapan
 8 am   - Sesi 6 - XHUnT
 11 pm - Majlis Penutup / Makan Tengahari
 1 pm   - Bersurai

Friday 30 November 2012

NOTA PENDIDIKAN ISLAM(SIRAH) TAHUN 2


Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan sebagai anak yatim.Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Syam.Di pertengahan jalan beliau jatuh sakit, lalu meninggal dunia dan dikebumikan dikebumikan di sebuah tempat yang bernama Yathrib.
Selepas dilahirkan, baginda hanya tinggal beberapa hari sahaja bersama ibu kandungnya.Ini kerana baginda diberikan kepada seorang wanita kampung untuk disusui.Memang menjadi adat orang-orang Arab di Kota Mekah, apabila seseorang bayi dilahirkan, dia akan diberikan kepada wanita kampung untuk disusui agar fasih berbahasa dan penerapan nilai-nilai murni masyarakat kampung dalam diri dan jiwa kanak-kanak tersebut.
Baginda tinggal bersama ibu susunya Halimatussaadiah di perkampungan Bani Saad sehingga berusia 4 tahun.Keluarga Halimah ada memelihara kambing.Semenjak kecil lagi iaitu seusia 4 tahun baginda, telah menolong ibu susunya mengembala kambing dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa dipaksa.Secara tidak langsung dalam usia yang begitu muda baginda sudah pandai mengembala kambing.
Semasa umurnya 4 tahun,berlaku satu peristiwa yang sangat aneh.Ketika sedang bermain-main bersama kawan-kawan dan saudara susuannya, datang dua malaikat menyerupai manusia.Lalu ditangkapnya baginda dan dadanya dibelah.Dikeluarkan hatinya dan dibersihkan menggunakan air zam-zam.Selepas itu dimasukkan iman dan ihsan.Seterusnya dicantumkan semula dada baginda tanpa sebarang kesan.Selepas peristiwa tersebut Halimah terus menghantar baginda pulang kepada ibu kandungnya Siti Aminah kerana bimbang dengan keselamatan baginda.
Selepas pulang ke Mekah di samping ibu kandung dan datuknya, baginda masih juga mengembala kambing.Nabi tinggal bersama ibunya selama 2 tahun.Siti Aminah telah kembali ke rahmatullah ketika usia nabi 6 tahun.Baginda mendapat gelaran anak yatim piatu dalam usia yang masih kecil.
Kini, baginda tinggal pula bersama datuknya Abdul Mutalib.Abdul Mutalib sangat sayang kepada baginda.Hanya kepada datuknya sahaja tempat baginda bergantung kasih.Abdul Mutalib seorang pembesar Quraish yang sangat dihormati dan disegani.

Ketika usianya 8 tahun,datuknya Abdul Mutalib pulak meninggal dunia.Sebelum meninggal datuknya sempat meninggalkan wasiat kepada anaknya Abu Talib agar menjaga Nabi Muhammad S.A.W selepas ketiadaannya nanti.Abu Talib adalah bapa saudara nabi yang hidup miskin dan mempunyai ramai anak.Namun hatinya sangat baik.Beliau sangat sayang kepada baginda.Mengembala kambing merupakan kerja yang biasa bagi orang-orang Arab.Ia satu pekerjaan yang sangat mulia.Kambing binatang yang sukar dijaga.Kebanyakan nabi pernah bekerja mengembala kambing untuk menguji sejauh mana kesabaran mereka.Semasa tinggal bersama Abu Talib baginda masih bekerja sebagai pengembala kambing.Nabi seorang yang bersikap ringan tulang.Kadang-kadang baginda mengambil upah mengembala kambing orang lain, demi meringankan beban keluarga Abu Talib.Selain itu baginda juga rajin membantu saudara-saudara sepupunya membuat kerja rumah.Sikapnya itu menjadikan Abu Talib semakin kepada baginda .Bukan itu sahaja bahkan baginda tidak keberatan untuk meredah padang pasir yang sangat panas pada waktu siang dan sangat sejuk pada waktu malam, semata-mata hendak mengikut rombongan perdagangan Abu Talib berniaga di negeri Syam.Sedangkan perjalanan itu sangat jauh.Ketika itu baginda berumur 12 tahun.
Ketika berumur antara 15 sehingga 23 tahun baginda mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan.Berniaga melatih baginda bersikap amanah dan sabar.Seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi. 


Ketika usia baginda mencecah 25 tahun, pelbagai pengalaman hidup telah dilalui.Baginda ingin berdikari dan terlibat dalam dunia perniagaan.Namun demikian Nabi  S..A.W  tidak memiliki sebarang harta untuk diperdagangkan.Peribadinya sangat mulia dan merupakan seorang yang berjiwa besar.Selepas mendengar cerita tentang Rasulullah S.A.W  yang mempunyai akhlak dan  budi pekerti mulia seperti bercakap benar, jujur, rajin, amanah dan bertanggungjawab, beliau menghantar utusan kepada baginda untuk menawarkan pekerjaan sebagai peniaga dengan membawa barang-barang dagangannya ke Syam.Berbekalkan sifat mulia dan luhur itu, baginda telah menerima amanah daripada Khadijah binti Khuwailid untuk memimpin rombongan perdagangan ke negeri Syam dengan ditemani oleh pembantu Khadijah yang bernama Maisarah.Khadijah merupakan seorang janda kaya yang memiliki kedudukan terhormat.Beliau mengupah beberapa orang lelaki untuk menguruskan barang dagangannya.
Baginda sentiasa menjaga barang-barang dagangan milik Khadijah dengan berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab.Apabila tiba di sana ,baginda memilih tempat yang strategik untuk memasarkan barang-barang dagangan tersebut.Cara-cara baginda menjalankan perniagaan sangat menarik.Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh baginda semasa berurusniaga ialah:
1 – menjelaskan keadaan sebenar barang-barang yang dibawanya.
2 – meletakkan tanda harga yang berpatutan
3 – layanan kepada pelanggan mesra, jujur dan telus

Wednesday 28 November 2012

TAZKIRAH JIWA


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

Monday 5 November 2012

HOME


NAMA :NORIZA BINTI AHMAD
NO MATRIK : D20112052646
ASAL :PENDANG, KEDAH

selamat datang ke blog saya







Monday 1 October 2012


NAMA : PN.NORIZA BINTI AHMAD
NO MATRIK : D 20112052646



MARI KITA HAYATI PANTUN INI


Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan   
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu   
   Bagai rumah tidak berdinding