NOTA PENDIDIKAN ISLAM(SIRAH) TAHUN 2


PEKERJAAN RASULULLAH S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan sebagai anak yatim.Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Syam.Di pertengahan jalan beliau jatuh sakit, lalu meninggal dunia dan dikebumikan dikebumikan di sebuah tempat yang bernama Yathrib.
Selepas dilahirkan, baginda hanya tinggal beberapa hari sahaja bersama ibu kandungnya.Ini kerana baginda diberikan kepada seorang wanita kampung untuk disusui.Memang menjadi adat orang-orang Arab di Kota Mekah, apabila seseorang bayi dilahirkan, dia akan diberikan kepada wanita kampung untuk disusui agar fasih berbahasa dan penerapan nilai-nilai murni masyarakat kampung dalam diri dan jiwa kanak-kanak tersebut.
Baginda tinggal bersama ibu susunya Halimatussaadiah di perkampungan Bani Saad sehingga berusia 4 tahun.Keluarga Halimah ada memelihara kambing.Semenjak kecil lagi iaitu seusia 4 tahun baginda, telah menolong ibu susunya mengembala kambing dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa dipaksa.Secara tidak langsung dalam usia yang begitu muda baginda sudah pandai mengembala kambing.
Semasa umurnya 4 tahun,berlaku satu peristiwa yang sangat aneh.Ketika sedang bermain-main bersama kawan-kawan dan saudara susuannya, datang dua malaikat menyerupai manusia.Lalu ditangkapnya baginda dan dadanya dibelah.Dikeluarkan hatinya dan dibersihkan menggunakan air zam-zam.Selepas itu dimasukkan iman dan ihsan.Seterusnya dicantumkan semula dada baginda tanpa sebarang kesan.Selepas peristiwa tersebut Halimah terus menghantar baginda pulang kepada ibu kandungnya Siti Aminah kerana bimbang dengan keselamatan baginda.
Selepas pulang ke Mekah di samping ibu kandung dan datuknya, baginda masih juga mengembala kambing.Nabi tinggal bersama ibunya selama 2 tahun.Siti Aminah telah kembali ke rahmatullah ketika usia nabi 6 tahun.Baginda mendapat gelaran anak yatim piatu dalam usia yang masih kecil.
Kini, baginda tinggal pula bersama datuknya Abdul Mutalib.Abdul Mutalib sangat sayang kepada baginda.Hanya kepada datuknya sahaja tempat baginda bergantung kasih.Abdul Mutalib seorang pembesar Quraish yang sangat dihormati dan disegani.

perniagaan.Berniaga melatih baginda bersikap amanah dan sabar.Seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi.

Ketika usia baginda mencecah 25 tahun, pelbagai pengalaman hidup telah dilalui.Baginda ingin berdikari dan terlibat dalam dunia perniagaan.Namun demikian Nabi  S..A.W  tidak memiliki sebarang harta untuk diperdagangkan.Peribadinya sangat mulia dan merupakan seorang yang berjiwa besar.Selepas mendengar cerita tentang Rasulullah S.A.W  yang mempunyai akhlak dan  budi pekerti mulia seperti bercakap benar, jujur, rajin, amanah dan bertanggungjawab, beliau menghantar utusan kepada baginda untuk menawarkan pekerjaan sebagai peniaga dengan membawa barang-barang dagangannya ke Syam.Berbekalkan sifat mulia dan luhur itu, baginda telah menerima amanah daripada Khadijah binti Khuwailid untuk memimpin rombongan perdagangan ke negeri Syam dengan ditemani oleh pembantu Khadijah yang bernama Maisarah.Khadijah merupakan seorang janda kaya yang memiliki kedudukan terhormat.Beliau mengupah beberapa orang lelaki untuk menguruskan barang dagangannya.
Baginda sentiasa menjaga barang-barang dagangan milik Khadijah dengan berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab.Apabila tiba di sana ,baginda memilih tempat yang strategik untuk memasarkan barang-barang dagangan tersebut.Cara-cara baginda menjalankan perniagaan sangat menarik.Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh baginda semasa berurusniaga ialah:
1 – menjelaskan keadaan sebenar barang-barang yang dibawanya.
2 – meletakkan tanda harga yang berpatutan
3 – layanan kepada pelanggan mesra, jujur dan telus






1 comment: