Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan sebagai
anak yatim.Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia ketika
dalam perjalanan pulang dari Syam.Di pertengahan jalan beliau jatuh sakit, lalu
meninggal dunia dan dikebumikan dikebumikan di sebuah tempat yang bernama
Yathrib.
Selepas dilahirkan, baginda hanya tinggal
beberapa hari sahaja bersama ibu kandungnya.Ini kerana baginda diberikan kepada
seorang wanita kampung untuk disusui.Memang menjadi adat orang-orang Arab di
Kota Mekah, apabila seseorang bayi dilahirkan, dia akan diberikan kepada wanita
kampung untuk disusui agar fasih berbahasa dan penerapan nilai-nilai murni
masyarakat kampung dalam diri dan jiwa kanak-kanak tersebut.
Baginda tinggal bersama ibu susunya
Halimatussaadiah di perkampungan Bani Saad sehingga berusia 4 tahun.Keluarga
Halimah ada memelihara kambing.Semenjak kecil lagi iaitu seusia 4 tahun
baginda, telah menolong ibu susunya mengembala kambing dengan kerelaan dirinya
sendiri tanpa dipaksa.Secara tidak langsung dalam usia yang begitu muda baginda
sudah pandai mengembala kambing.
Semasa umurnya 4 tahun,berlaku satu
peristiwa yang sangat aneh.Ketika sedang bermain-main bersama kawan-kawan dan
saudara susuannya, datang dua malaikat menyerupai manusia.Lalu ditangkapnya
baginda dan dadanya dibelah.Dikeluarkan hatinya dan dibersihkan menggunakan air
zam-zam.Selepas itu dimasukkan iman dan ihsan.Seterusnya dicantumkan semula
dada baginda tanpa sebarang kesan.Selepas peristiwa tersebut Halimah terus
menghantar baginda pulang kepada ibu kandungnya Siti Aminah kerana bimbang
dengan keselamatan baginda.
Selepas pulang ke Mekah di samping ibu
kandung dan datuknya, baginda masih juga mengembala kambing.Nabi tinggal
bersama ibunya selama 2 tahun.Siti Aminah telah kembali ke rahmatullah ketika
usia nabi 6 tahun.Baginda mendapat gelaran anak yatim piatu dalam usia yang
masih kecil.
Kini, baginda tinggal pula bersama
datuknya Abdul Mutalib.Abdul Mutalib sangat sayang kepada baginda.Hanya kepada
datuknya sahaja tempat baginda bergantung kasih.Abdul Mutalib seorang pembesar
Quraish yang sangat dihormati dan disegani.
Ketika usianya 8 tahun,datuknya Abdul
Mutalib pulak meninggal dunia.Sebelum meninggal datuknya sempat meninggalkan
wasiat kepada anaknya Abu Talib agar menjaga Nabi Muhammad S.A.W selepas
ketiadaannya nanti.Abu Talib adalah bapa saudara nabi yang hidup miskin dan
mempunyai ramai anak.Namun hatinya sangat baik.Beliau sangat sayang kepada
baginda.Mengembala kambing merupakan kerja yang biasa bagi orang-orang Arab.Ia
satu pekerjaan yang sangat mulia.Kambing binatang yang sukar dijaga.Kebanyakan
nabi pernah bekerja mengembala kambing untuk menguji sejauh mana kesabaran
mereka.Semasa tinggal bersama Abu Talib baginda masih bekerja sebagai
pengembala kambing.Nabi seorang yang bersikap ringan tulang.Kadang-kadang
baginda mengambil upah mengembala kambing orang lain, demi meringankan beban
keluarga Abu Talib.Selain itu baginda juga rajin membantu saudara-saudara
sepupunya membuat kerja rumah.Sikapnya itu menjadikan Abu Talib semakin kepada baginda
.Bukan itu sahaja bahkan baginda tidak keberatan untuk meredah padang pasir
yang sangat panas pada waktu siang dan sangat sejuk pada waktu malam, semata-mata
hendak mengikut rombongan perdagangan Abu Talib berniaga di negeri
Syam.Sedangkan perjalanan itu sangat jauh.Ketika itu baginda berumur 12 tahun.
Ketika berumur antara 15 sehingga 23
tahun baginda mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan.Berniaga melatih
baginda bersikap amanah dan sabar.Seterusnya dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran berkomunikasi.
Ketika usia baginda mencecah 25 tahun,
pelbagai pengalaman hidup telah dilalui.Baginda ingin berdikari dan terlibat
dalam dunia perniagaan.Namun demikian Nabi
S..A.W tidak memiliki sebarang
harta untuk diperdagangkan.Peribadinya sangat mulia dan merupakan seorang yang
berjiwa besar.Selepas mendengar cerita tentang Rasulullah S.A.W yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia seperti bercakap benar,
jujur, rajin, amanah dan bertanggungjawab, beliau menghantar utusan kepada
baginda untuk menawarkan pekerjaan sebagai peniaga dengan membawa barang-barang
dagangannya ke Syam.Berbekalkan sifat mulia dan luhur itu, baginda telah
menerima amanah daripada Khadijah binti Khuwailid untuk memimpin rombongan
perdagangan ke negeri Syam dengan ditemani oleh pembantu Khadijah yang bernama
Maisarah.Khadijah merupakan seorang janda kaya yang memiliki kedudukan
terhormat.Beliau mengupah beberapa orang lelaki untuk menguruskan barang
dagangannya.
Baginda sentiasa menjaga barang-barang
dagangan milik Khadijah dengan berhati-hati dan penuh rasa
tanggungjawab.Apabila tiba di sana ,baginda memilih tempat yang strategik untuk
memasarkan barang-barang dagangan tersebut.Cara-cara baginda menjalankan
perniagaan sangat menarik.Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh baginda
semasa berurusniaga ialah:
1 – menjelaskan keadaan sebenar
barang-barang yang dibawanya.
2 – meletakkan tanda harga yang
berpatutan
3 – layanan kepada pelanggan mesra,
jujur dan telus