SOALAN


SOALAN – SOALAN OBJEKTIF MERANGKUMI 6 ARAS TAKSONOMI BLOOM

ARAS TAKSONOMI BLOOM

NOMBOR SOALAN


1.PENGETAHUAN

3,11,2,18

2.KEFAHAMAN

1,4,12

3.APLIKASI

10,17

4.ANALISIS

13, 14, 15

5.SINTESIS

5,9

6.PENILAIAN

6,7,8,16,

1.Pilih yang manakah antara berikut syarat wajib Solat Jumaat ? (kefahaman)
A. Mandi
B.Iktikaf
C.Islam
D.Tinggal sementara
E.Uzur

2.Nyatakan larangan ketika berkhutbah? (Pengetahuan)
A.Berdiam diri
B.Mendengar dengan khusyuk

C.Menumpukan perhatian
D,Bercakap
E.Memakai bau-bauan

3.Namakan solat yang diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki pada hari Jumaat? (pengetahuan)
A.Solat Jumaat
B.Solat berjemaah
C.Solat sunat berjemaah
D.Solat Jumaat berjemaah
E.Solat Jumaat berseorangan

4.Jelaskan hukum melakukan solat Jumaat? (kefahaman)
A.Sunat
B.Harus
C.Haram
D.Makruh
E.Wajib


Islam
Bermastautin
Lelaki
Tidak uzur
Baligh
Berakal
Rajah 1
5.Berdasarkan rajah di atas, yang manakah berikut mempunyai kaitan dengannya?(sintesis)
A.Syarat sah solat Jumaat
B.Syarat sah puasa
C.Syarat wajib Solat Jumaat
D.Syarat wajib solat
E.Syarat sah zakat

6.Ketika hendak menunaikan Solat Jumaat, Farid mandi, memotong kukunya yang panjang dan berpakaian bersih.Farid berbuat demikian kerana perbuatan tersebut :(Penilaian)
A.Akan mendatangkan pahala kepada si pembuatnya
B.Akan memudharatkan tubuh badan
C.Menjatuhkan imej diri
D.Menimbulkan perasaan bangga diri
E.Dipandang tinggi oleh masyarakat

7.Pak Abu mempunyai seorang anak lelaki yang mengidap Down Sindrom.Namanya Atan Dia berusia 20 tahun.Atan tidak wajib menunaokan Solat Jumaat kerana ? (penilaian)
A.Tidak tahu jalan ke  masjid
B.Tidak cukup syarat wajib solat
C.Tidak tahu hendak bersolat
D.Pak Abu tidak  mahu menemaninya
E.Tidak cukup syarat

8.Bukti Solat Jumaat wajib atas setiap muslim? (penilaian)
A.Dalil Akli
B.Dalil Nakli daripada Surah al-Jumuah ayat 9
C.Dalil Nakli daripada Surah al-Nisak ayat 2 
D.Dalil Nakli daripada Surah al-Baqarah ayat2
E.Dalil Nakli daripada Surah al-Jumuah ayat 1


Bercakap
Bermain
Melakukan perkara yang mengganggu jemaah lain
Rajah 2
9.Rajah di atas merujuk kepada ?(sintesis)
A.Ayarat wajib solat
B.Syarat wajib sah solat
C.Larangan ketika khatib sedang berkhutbah
D.Larangan menunaikan solat
E.Sunat sebelum solat

10.Abdullah menunaikan Solat Jumaat seorang diri di rumahnya.Yang manakah antara berikut mempunyai kaitan dengan permasalahan yang timbul? (aplikasi)
A.Syarat wajib solat
B.Syarat sah Solat Subuh
C.Sunat sebelum solat
D.Larangan ketika berkhutbah
E.Syarat sah Solat Jumaat


11.Nyatakan hukum menunaikan Solat Jumaat berjemaah? (pengetahuan)
A.Makruh
B.Harus
C.Sunat
D.Haram
E.Wajib

12.Terangkan maksud ` bermastautin` ? (kefahaman)
ATempat tinggal sementara
B.Tinggal tinggal tetap
C.Berpindah-randah
D.Tidak ada tempat tinggal
E.Tinggak bersama keluarga


Dilakukan secara berjemaah
Lambang perpaduan umat
Baligh
Rajah 3
13.Berdasarkan rajah 3 di atas,yang manakah antara berikut mempunyai perkaitan yang sesuai?(analisis)
A.Syarat wajib solat, syarat sah solat dan hikmah solat
B.Syarat sah solat, hikmah solat dan syarat wajib solat
C.Hikmah solat, syarat waib solat dan syarat sah solat
D.Hikmah solat dan syarat wajib solat
E.Hikmah solat dan syarat sah solat

14.Berikut adalah hikmah Solat Jumaat kecuali ? (analisis)
A.Lambang perpaduan umat
B.Membuktikan ketaatan kepada Allah
C.Bertukar-tukar pendapat
D.Tidak mahu menerima teguran
E.Mendengar nasihat

15.Pilih perkara-perkara sunat sebelum Solat Jumaat?(analisis)
A.Bercakap kosong
B.Berpakaian kotor
C.Iktikaf
D.Datang lewat ke masjid
E.Membaca novel


Solat Jumaat dilakukan di surau
Bilangan ahli jemaah 30 orang sahaja
Rajah 4
16.Berdasarkan rajah di atas, apakah hokum Solat Jumaat mereka dan berikan alasan yang bersesuaian?(penilaian)


A.Sunat – kerana datang awal ke surau
B.Tidak sah –kerana tidak menepati syarat sah solat
C.Haram – kerana tidak cukup bilangan
D.Harus – kerana dilakukan di surau
E.Wajib – kerana mereka semua orang Islam

17.Pak Cik Ali terlantar dirumahnya sejak sebulan yang lalu kerana sakit tua.Beliau tidak dapat menunaikan Solat Jumaat.Yang manakah antara berikut yang menerangkan tentang solat Pak Cik Ali?(aplikasi)
A.Tidak wajib solat kerana uzur
B.Harus solat kerana boleh dibantu oleh waris
C.Wajib Solat Jumaat walaupun sakit
D.Sunat Solat Jumaat di rumah
E.Batal kerana uzur

18.Bilakah Solat Jumaat dilakukan? (pengetahuan)
A.Waktu siang
B.Waktu malam
C.Waktu Zohor
D.Waktu Asar
E.Waktu Subuh










1 comment:

  1. Terima kasih cikgu.. dengan contoh soalan dan panduan ini saya lebih memahami dalam pembinaan soalan mengikut aras taksonomi bloom

    ReplyDelete